。★ KPOP Fanz_Malay TEAM ★ 。
D'Boss!

。★ KPOP Fanz_Malay TEAM ★ forever !
Annyeonghaseyo ^^ Welcome to 。★ KPOP Fanz_Malay TEAM ★ 。



Entries About Linkies Stuff


Taggie!

..

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

'Haeundae Lovers' mengehadkan masa SoYeon


Creators "Haeundae Lovers" menyatakan point of view mereka tentang SoYeon yang berlakon dalam drama KBS .

Penulis, Hwang Eun Kyung menyatakan dalam sidang akhbar pada 24 Ogos "Sebelum mesyuarat produksi ,kami terperangkap dalam keadaan tidak bersedia tentang kontroversi yang melanda T-ARA secara tiba-tiba. Masa itu, Soyeon telah selesai melakukan penggambaran 5 episod ,dan walaupun terdapat kontroversi ,kebenaran masih tidak jelas,menyebabkan kami tidak boleh membuat keputusan untuk membuang dia"

Turut didedahkan bahawa SoYeon akan mempunyai scene yang kurang dalam drama tersebut. Hwang menyatakan lagi "Sudah tentu [kerana kontroversi] ,masa SoYeon dalam drama akan dikurangkan pada masa akan datang. Memandangkan SoYeong masih muda, mungkin dia akan melalui masa yang sukar dek kerana keadaan dan reaksi netizen yang keras. Saya secara peribadi juga berharap agar menunjukkan pertimbangan dan penjagaan yang lebih untuk T-ARA. SoYeon sedang melakukan yang terbaik agar tidak menjejaskan drama ini."

Penulis juga berkongsi bahawa dia sendiri menangis apabila membaca komen-komen negatif yang ditinggalkan dalam artikel "Haeundae Lovers" sambil menambah "Saya tidak boleh bayangkan bagaimana sakitnya SoYeon membaca komen seperti 'I won't watch the drama because of so-and-so."

Hwang menyimpulkan bahawa "Apa yang paling penting sekarang ialah untuk melindungi kerja saya dan pelakon-pelakon saya. Saya tak fikir bahawa usaha orang-orang yang bekerja keras untuk drama ini harus terjejas dengan kontroversi ini. Semakin menjadi isu ini, semakin kurang masa Soyeon diudara."


News by  : eunHeeniM
Source : allkpop

Labels: , , ,